Menjelang aksi Piala AFF, Malaysia menentang Indonesia pada Ahad ini.

Ketua Jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe mengharapkan semua pemain negara lebih matang seandainya berdepan provokasi lawan ketika di atas padang.

Pertemuan terakhir Kumpulan B, Ahad ini penting bagi menentukan peluang ke saingan kalah mati.

Menurut Cheng Hoe, kedua-dua pasukan kini terikat dengan 6 mata namun Indonesia masih berkelebihan satu perlawanan menentang Vietnam esok.

Sementara itu, Cheng Hoe turut mengesahkan Aidil Zafuan dan Shahrul Saad tak dapat diturunkan Ahad ini kerana kecederaan hamstring.

Namun ketibaan Dion Cool pada Khamis ini dijangka dapat mengisi kekosongan dibahagian pertahanan.

Dalam masa sama, kehadiran semula tiga pemain yang pulih daripada COVID-19, Khairulazhan Khalid, Faisal Halim dan Quentin Cheng memberikan sedikit kelegaan buat skuad Harimau Malaya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini