Skuad Harimau Malaya Bawah 23 Tahun (B-23) bakal berdepan laluan sukar apabila diundi bersama musuh tradisi, Indonesia dalam saingan kumpulan B Kejuaraan  AFF B-23 2020 yang akan berlangsung di Kemboja, Februari depan.

Menerusi undian yang berlangsung secara maya, skuad kendalian Brad Maloney itu turut diletakkan bersama Myammar dan Laos dalam kumpulan yang sama.

Berdasarkan format kejohanan, hanya tiga juara kumpulan dan satu naib juara kumpulan terbaik akan mengesahkan slot ke separuh akhir.

Kejohanan itu merupakan antara kempen penting buat skuad muda negara pada tahun depan selain Sukan SEA Vietnam, Piala Asia Bawah 23 di Uzbekistan dan Sukan Asia 2022.

Sementara itu undian lain menyaksikan naib juara 2019, Thailand diundi bersama Vietnam dan Singapura dalam Kumpulan C.

Manakala Kemboja, Timor Leste, Filipina dan Brunei masing-masing diletakkan dalam Kumpulan A.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini