Jurulatih skuad Kebangsaan, Tan Cheng Hoe menjangkakan pertemuan pertama menentang Kemboja bakal menjadi perlawanan mencabar buat anak buahnya.

Jelas beliau, meskipun keserasian antara pemain dilihat semakin baik, namun ia masih belum cukup, melihat kepada persiapan rapi ditampilkan pasukan lawan.

Beliau ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Singapura.

Untuk rekod, enam pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) termasuk Guilherme de Paula dan Safawi Rasid hanya sempat menjalani latihan fasa 2 selama dua hari bersama skuad kebangsaan selepas tugasan final Piala Malaysia.

Sementara pemain sayap lincah JDT, Arif Aiman Mohd Hanapi dan penjaga gol PJ City, Kallamullah Al-Hafiz Mat Rowi yang dipanggil pada saat akhir, hanya sempat menyertai sesi latihan semalam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini