Kapten skuad Harimau Malaya, Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak mengakui skuad negara tidak boleh gagal daripada meraih tiga mata apabila berdepan Kemboja esok. Pertahanan berusia 34 tahun itu berkata, kemenangan pada aksi pertama amat penting kerana ia mampu mempengaruhi perjalanan skuad Harimau Malaya dalam kempen di Singapura itu.

Tambahnya, kejayaan mengatasi Kemboja mampu menyuntik keyakinan dan moral pemain menjelang baki saingan khususnya pada dua perlawanan terakhir bertemu juara bertahan Vietnam dan Indonesia. Selain menentang Kemboja esok, skuad Harimau Malaya dijadual bertemu Laos pada 9 Disember sebelum berdepan Vietnam (12 Dis) dan Indonesia pada aksi terakhir Kumpulan B, 19 Disember.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini