Kejohanan bola sepak Piala AFF 2020.

Skuad kebangsaan bakal membawa pemain baharu ke Singapura.

Perkara itu diumumkan ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe yang bakal membawa masuk seorang lagi penjaga gol bagi menggantikan Khairulazhan Khalid yang positif COVID-19.

Menurut Cheng Hoe, kebenaran tersebut telah dimaklumkan Persekutuan Bolasepak Asean-AFF semalam dan keputusan pemilihan pemain bakal dibuat dalam masa terdekat.

Ketika ini dua penjaga gol ,Samuel Somerville dan Azri Ghani berada dalam radar Cheng Hoe bagi menggantikan Khairulazhan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini