Misi layak ke Final Piala AFF Suzuki 2020 akan menjadi fokus utama buat skuad bimbingan Tan Cheng Hoe.

Menurut Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusof Mahadi, sudah tiba masanya Malaysia membawa pulang piala berprestij itu selepas kali terakhir melakukannya pada 2010. Tambah Datuk Mohd Yusof, beliau juga yakin dengan keupayaan pasukan kebangsaan menghadapi kejohanan berkenaan.

Pada edisi 2018, Malaysia berjaya mara ke final namun terpaksa akur tewas kepada Vietnam dengan agregat 3-2.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini