‘Bermain mengikut kekuatan pemain’.

Itu penjelasan Ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menjelang aksi pembukaan kumpulan B, Piala AFF Suzuki 2020 menentang Kemboja esok. Menurut beliau, perubahan formasi atau corak permainan tidak boleh diubah sesuka hati.

Tambah Cheng Hoe, fokus awal adalah untuk seboleh-bolehnya mencari mata maksimum ketika menentang Kemboja dan Laos.

Sementara itu beliau turut memberitahu, pemain pertahanan, Dion Cools mungkin akan hanya dapat bersama skuad negara selepas perlawanan menentang Vietnam pada 12 Disember kerana masih memiliki komitmen bersama kelabnya FC Midtjylland di Denmark.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini