Skuad bola sepak Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan perlu segera bangkit bagi aksi menentang Thailand esok bagi menghidupkan peluang ke peringkat suku akhir. Itu tegas Ketua pasukan Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi.

Jelas beliau, Malaysia perlu melupakan kekecewaan tumpas 1-4 kepada juara bertahan, Korea Selatan pada aksi pembukaan Kumpulan C di Tashkent, Uzbekistan, Khamis lepas.

Menurut Muhammad Mukhairi, aksi esok penting selain akan menjadi misi ‘hidup mati’ pasukan untuk melangkah ke suku akhir kejohanan. Katanya dalam satu rakaman suara dikongsi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kepada media.

Berdasarkan format kejohanan hanya dua pasukan teratas setiap kumpulan layak ke peringkat suku akhir. Skuad B-23 kebangsaan mencipta sejarah apabila layak ke suku akhir pada edisi 2018 di China sebelum tewas 1-2 kepada Korea Selatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini