Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dalam proses membuat keputusan berhubung tuan rumah bagi Piala Dunia 2026 di Amerika Utara.

Sejumlah 22 bandar seluruh Amerika, Kanada dan Mexico sedang dipertimbang untuk menjadi bandar tuan rumah.

Delegasi FIFA turut meninjau fasiliti termasuk lapangan terbang, hotel, ruang acara, pengangkutan dan infrastruktur lain yang diperlukan untuk menganjurkan acara terbesar itu.

Jika menjadi kenyataan, ia bakal menjadi sejarah apabila tiga negara diumum sebagai tuan rumah bersama.

Keputusan dijangka akan dibuat pada awal tahun hadapan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini