Skuad Wallace Tan terpaksa akur dengan kehebatan Belanda selepas dibenam 9-3 dalam perlawanan penentuan tempat ke-5 hingga ke-8 pada Hoki Piala Dunia Remaja 2021.

Skuad Wallace Tan terpaksa akur dengan kehebatan Belanda selepas dibenam 9-3 dalam perlawanan penentuan tempat ke-5 hingga ke-8.

Semuanya serba tidak menjadi buat Malaysia selepas bolos tiga gol pada suku pertama permainan, melalui dua jaringan Luke Dommershuijzen dan Miles Bukkens.

Luke mencatat hatrik pada suku ketiga sebelum gol Max De Bie dan Miles meletakkan Belanda selesa 6-0 di depan. 

Malaysia yang sesekali mengasak akhirnya memperoleh gol pertama melalui pukulan sudut penalti, Muhammad Fahmi Khalid.

David Huussen kemudian menambah derita malaysia dengan dua lagi gol sebelum hatrik Miles menutup pesta gol Belanda.

Dua lagi gol pasukan negara disumbangkan Mohamad Akhimullah Anuar Esook dan Muhammad Noor Firdaus Rosdi penghujung permainan.

Malaysia bakal bertemu Sepanyol untuk penentuan tempat ke-7 dan ke-8.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini