Juara 14 kali, Arsenal tersingkir apabila tewas kepada kelab bukan pilihan Nottingham Forest dalam aksi awal pagi tadi.

Dalam perlawanan pusingan ketiga itu skuad The Gunners tewas dengan keputusan 0-1.

Itu juga adalah kekalahan yang memeritkan buat Arsenal pada musim 2022.

Perlawanan yang berlangsung sengit di Stadium City Ground menyaksikan jaringan tunggal Lewis Grabban pada minit ke-83 membantu pasukannya mengesahkan kemenangan.

Aksi yang dipamerkan oleh skuad bimbingan Mikel Arteta dilihat berada di bawah tahap sebenar apabila gagal menyempurnakan deretan peluang di depan pintu gol lawan.

Walaupun Arsenal dilihat lebih banyak menguasai permainan berbanding pasukan tuan rumah namun kelalaian jentera pertahanan menjadi punca Nottingham Forest berjaya mendapatkan jaringan.

Selepas ini Nottingham Forest dijadual bertemu Leicester City pada aksi pusingan keempat Piala FA.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini