Aksi Piala FA Inggeris.

Manchester United dilihat tidak mempamerkan aksi terbaik ketika menentang Aston Villa biarpun meraih kemenangan tipis 1-0.

Kemenangan di Old Trafford itu menyaksikan skuad kendalian Ralf Rangnick berjaya mara ke pusingan keempat.

Jaringan menerusi tandukan Scott McTominay pada minit kelapan sudah cukup untuk membantu United mara ke pusingan seterusnya.

Mereka bagaimanapun bernasib baik apabila Villa gagal menggunakan beberapa peluang terbuka untuk menyamakan kedudukan, termasuk keputusan kontroversi Video Bantuan Pengadil yang membatalkan jaringan Danny Ings di babak kedua.

Kejayaan itu pastinya melegakan Rangnick selepas menyaksikan anak buahnya tewas 0-1 kepada Wolves dalam kempen liga minggu lalu.

Di pusingan keempat nanti, The Red Devils dijadual berdepan Middlesbrough di Old Trafford pada 5 Februari. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini