Bola sepak separuh akhir Piala Malaysia 2021.

Melaka United membawa kelebihan satu gol pulang ke stadium Hang Jebat, selepas berjaya mengikat tuan rumah, KL City dengan jaringan 1-1.

Skuad kendalian Dollah Salleh kini cuma memerlukan keputusan seri tanpa jaringan untuk mara ke pentas akhir Piala Malaysia buat pertama kali dalam sejarah.

Melaka United yang lebih banyak menguasai permainan terlebih dahulu berada di depan menerusi sepakan percuma disempurnakan penyerang import, Adriano Aparecido Narcizo pada minit ke-8.

Tersentak dengan jaringan itu, jurulatih KL City, Bojan Hodak mengarahkan anak buahnya meningkatkan tempo permainan bagi mencari gol penyamaan.

Perancangan itu berhasil selepas bola hantaran Paulo Josue dalam kotak penalti berjaya ditanduk kemas Zhafri Yahya untuk gol penyamaan KL City pada minit ke-26, gol terakhir pada aksi berkenaan yang menyaksikan perlawanan ditamatkan dengan keputusan 1-1.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini