Di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Kuala Nerus menyaksikan Terengganu FC, TFC gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri apabila sekadar seri satu sama dengan Johor Darul Ta’zim, JDT malam tadi.

Ia membolehkan JDT berkelebihan satu gol berharga untuk melayani TFC dalam aksi timbal balik, Jumaat ini.

Tuan rumah yang beraksi di hadapan 20,000 penonton mendahului permainan hasil tandukan kemas Jordan Mintah seawal minit kelapan.

Bagaimanapun, JDT menyamakan kedudukan melalui jaringan Bergson da Silva yang bijak menghukum kesilapan tuan rumah dan menewaskan penjaga gawang Mohd. Suhaimi Husin pada babak kedua perlawanan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini