Menjelang saingan Piala Malaysia yang akan bersambung semula hujung bulan ini.

Sebanyak 700 tiket diperuntukkan kepada penyokong Penang FC untuk aksi perlawanan menentang Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur, Sabtu ini.

Pengurus Besar Penang FC, Jeffrey Chew berkata, penyokong skuad Harimau Kumbang boleh membeli tiket perlawanan tersebut secara dalam talian.

Jeffrey turut menasihatkan semua penyokong supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk peraturan masuk dan keluar yang ditetapkan kepada penyokong lawan.

Bulan lepas, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengesahkan, penonton dibenarkan hadir ke stadium bagi menyaksikan perlawanan Piala Malaysia 2021 dengan jumlah penyokong yang dibenarkan adalah mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) setiap negeri.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini