Pertembungan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2021 antara Kuala Lumpur (KL City FC) menentang Melaka United FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, Isnin ini akan berlangsung tanpa kehadiran penonton.

Dalam kenyataan dikeluarkan MFL memaklumkan, Ia sebagai hukuman terpaksa ditanggung KL City FC susulan insiden penyokongnya menceroboh masuk ke dalam kawasan padang sejurus tamat aksi suku akhir kedua menentang Selangor FC.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) Stuart Ramalingam, insiden berkenaan jelas melanggar peraturan badan pengelola Liga Malaysia berkaitan prosedur operasi standard (SOP) Kemasukan Penonton Perlawanan Piala Malaysia dan Artikel 4.7.2 Manual Liga-M 2021.

Beliau berkata KL City FC didapati bersalah melanggar Bahagian 3 (v) SOP Kemasukan Penonton Perlawanan Piala Malaysia 2021, dengan penyokong dikehendaki mengamalkan penjarakan fizikal seperti termaktub dalam peraturan tersebut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini