Juara 2019, Johor Darul Takzim (JDT) memberi jaminan bahawa mereka akan turun beraksi habis-habisan pada suku akhir kedua dengan Kedah Darul Aman (KDA) FC, Khamis ini.

Ketua Jurulatihnya, Benjamin Mora berkata, kelebihan beraksi di Stadium Sultan Ibrahim pastinya akan diguna sebaik mungkin buat Harimau Selatan mengukir kemenangan, sekali gus layak ke peringkat separuh akhir.

Sebelum ini, JDT yang turun selaku pasukan pilihan, gagal membawa pulang bekalan gol selepas diikat tanpa jaringan dengan Kedah pada aksi pertama di Stadium Darul Aman.

Keputusan itu dilihat memberi kelebihan buat Kedah yang hanya perlu mencatat sekurang-kurangnya keputusan seri dengan jaringan gol.

Namun, cabaran itu akan disahut oleh JDT dengan Mora menyifatkan anak-anak buahnya sudah lama merindukan cabaran sedemikian dalam saingan domestik.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini