Aksi suku akhir pertama Piala Malaysia 2021.

Kedah Darul Aman terlepas peluang membawa bekalan gol ke Stadium Sultan Ibrahim selepas mencatat keputusan seri tanpa jaringan dengan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Darul Aman malam tadi.

Bagaimanapun, skuad kendalian Aidil Sharin Sahak itu masih boleh berbangga dengan keputusan tersebut  apabila berjaya menamatkan rekod 17 kemenangan JDT dalam saingan domestik.

Pada aksi malam tadi, skuad Helang Merah yang beraksi tanpa kelibat tonggak utama, Rabih Ataya, Anumanthan dan Tchetche Kipre berjaya mengekang setiap asakan juara 2019 itu di hadapan penyokong sendiri.
 
Pengendalinya, Aidil Sharin Sahak memuji prestasi anak buahnya dan berharap momentum yang sama dapat dikekalkan pada aksi timbal balik di Stadium Sultan Ibrahim, Khamis ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini