Kapten pasukan Kedah Darul Aman FC, Baddrol Bakhtiar menyifatkan perjalanan pasukannya ke suku akhir masih belum selamat meskipun meraih enam mata percuma susulan penarikan diri Negeri Sembilan FC.

Bagi Baddrol, skuad Helang Merah itu hanya akan selesa sekiranya berjaya menewaskan Kelantan United FC pada 6 November depan sebelum berdepan aksi terakhir kumpulan dengan Melaka United FC 3 hari kemudian.

Selepas tewas kepada Melaka United pada aksi kedua bulan lalu, Baddrol menganggap keputusan itu membuktikan apa sahaja boleh berlaku sekiranya mereka ambil mudah dalam baki dua perlawanan terakhir.

Pemain berusia 33 tahun ini bagaimanapun lega apabila momentum pasukannya bertambah baik selepas berdepan tiga siri aksi persahabatan.

Skuad kendalian Aidil Sharin Sahak itu akan mengadakan satu lagi perlawanan persahabatan selepas ini memandangkan mereka masih ada lebih kurang satu minggu lagi sebelum berdepan aksi sebenar pada 6 November depan. Kedah yang sepatutnya bertemu Negeri Sembilan pada Jumaat ini dan Selasa depan, menghuni tangga kedua Kumpulan C dengan 3 mata selepas dua perlawanan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini