Keputusan lebih positif mampu dijelmakan pasukan Sabah FC ketika melayan kunjungan juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saing Kumpulan D Piala Malaysia malam ini.

Ia dizahirkan pemain yang yakin dengan pengendali baharu Datuk Ong Kim Swee dalam mengharungi baki saingan kejuaraan tertua bola sepak negara itu.

Pemain-pemain menyifatkan kehadiran bekas jurulatih pasukan kebangsaan itu isyarat kepada pasukan lain bahawa Sabah kini memiliki strategi baharu menggempur kubu lawan.

Ia terlihat ketika sesi latihan yang dijalankan dan keserasian yang terus ditonjolkan sebaik tampuk kejurulatihan pasukan The Rhinos itu bertukar tangan.

Dalam pada itu, tonggak import Sabah FC, Park Tae Su yang meledak jaringan ketika berdepan PJ City FC sebelum ini turut menyifatkan corak latihan yang diterapkan jurulatih sesuatu yang berkualiti dan berintensiti tinggi.

Ia sesuai dengan lawan yang nyata mahu meneruskan rekod memburu kejuaraan namun terus bersemangat dan berikrar tidak akan memberi laluan mudah kepada JDT malam ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini