Sedar bakal berdepan laluan sukar bertemu JDT, Sabah FC tetap optimis memberi tentangan sengit di laman sendiri dalam saingan kumpulan D, Jumaat ini.

Pengendalinya, Datuk Ong Kim Swee berkata tempoh rehat telah dimanfaatkan sebaik mungkin bagi mengatasi kelemahan dan membina kekuatan anak-anak buahnya.

Beliau berkata demikian selepas sesi latihan di Universiti Malaysia Sabah.

Terdahulu, skuad Tembadau hanya mengutip 2 mata di peringkat kumpulan apabila sekadar seri bertemu Kelantan FC dan PJ City FC.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini