Aksi Piala Negara-Negara Afrika.

Cameroon muncul pasukan terbaharu mara ke separuh akhir selepas menewaskan Gambia 2-0.

Lebih membanggakan dua gol tersebut dijaringkan penyerang Lyon, Karl Toko-Ekambi.

Dalam aksi suku akhir tersebut, dua gol Toko-Ekambi hadir pada minit ke-50 dan ke-57.

Kemenangan itu membolehkan Cameroon yang juga juara Kumpulan A melangkah ke saingan separuh akhir dengan penuh bergaya.

Menanti Cameroon di peringkat separuh akhir nanti ialah antara Mesir atau Maghribi yang bakal merebut slot empat terakhir pada hari ini.

Ketika ini Cameroon dalam misi memburu gelaran Piala Negara-Negara Afrika keenam selepas menjuarainya pada 1984, 1988, 2000, 2002 dan 2017.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini