Piala Negara-Negara Afrika.

Mesir kini boleh menarik nafas lega apabila berjaya mengesahkan slot ke saingan suku akhir selepas menang dalam aksi penentuan penalti menentang Ivory Coast, hari ini. 

Dalam perlawanan 16 akhir tersebut Mesir meraih kemenangan aksi penentuan penalti 5-4 selepas terikat 0-0 sepanjang 120 minit perlawanan.

Ini juga adalah pertembungan ke-11 mereka di Piala Negara-Negara Afrika dan Mesir hanya tewas sekali di tangan Ivory Coast.

Lebih membanggakan gol kemenangan Mesir dijaringkan Mohamed Salah bagi membantu pasukan itu mara ke pusingan lapan terakhir.

Di peringkat suku akhir nanti Mesir dijadual menentang Maghribi pada Ahad ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini