1,176,530 kanak-kanak lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam.

Daripada jumlah itu, 1,727,791 atau 48.6 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Menurut data laman COVIDNOW,sebanyak  2,914,167 remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah lengkap divaksin manakala 3,010,754 telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, 13,302 dos harian diberikan semalam meliputi 7,404 dos pertama, 3,810 dos kedua dan 2,088 dos penggalak di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan tujuh kematian akibat COVID-19 semalam dengan dua kes di Kedah dan Selangor serta masing-masing satu kes di Kuala Lumpur, Johor dan Terengganu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini