Pemberian vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak melalui Program Imunisasi COVID-19 Kanak-kanak, (PICKids), bakal bermula 3 Februari ini.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali memaklumkan, program dianggar melibatkan 4 juta kanak-kanak.
Sehingga kini, 484,639 kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun telah mendaftar di aplikasi MySejahtera bagi mendapatkan vaksin COVID-19
Melalui kaedah itu ibu bapa atau penjaga boleh memilih lokasi serta masa vaksinasi sesuai untuk anak masing-masing.
Pelaksanaan sistem janji temu akan diperluas ke negeri lain dalam tempoh terdekat.