Sebanyak 564,220 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) setakat semalam.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2 juta 799,132 individu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala lebih 2.8 juta lagi telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sejumlah 14 juta 78 ribu 456 populasi dewasa di dalam negara pula telah menerima dos penggalak Covid-19.

Selain itu, seramai 22 juta 945,40 individu pula telah lengkap vaksinasi manakala 23 juta 222,810 telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.

Setakat semalam juga, sebanyak 137,307 dos suntikan vaksin telah diberikan melibatkan 52,804 suntikan dos pertama, seribu 24 suntikan dos lengkap dan 83,479 suntikan dos penggalak.

Sebanyak 43 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan Johor dan Selangor masing-masing melaporkan 10 kes, diikuti Kedah tujuh kes, Sabah (lima), masing-masing dua kes di Kelantan, Pahang dan Pulau Pinang manakala satu kes masing-masing di Melaka, Negeri Sembilan, Sarawak, Terengganu dan Kuala Lumpur.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini