Perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids). Setakat semalam, sebanyak 615,671 individu atau 17.3 peratus populasi kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun di Malaysia telah menerima dos pertama vaksin COVID-19.

Data laman web COVIDNOW menunjukkan, 14.17 juta atau 60.3 peratus populasi dewasa dalam negara telah menerima dos penggalak COVID-19. Seramai 22.94 juta atau 97.5 peratus pula lengkap vaksinasi manakala 23.22 juta atau 98.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2.79 juta individu atau 90 peratus populasi telah lengkap vaksinasi. Manakala 2.88 juta atau 92.9 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, berdasarkan portal GitHub Kementerian Kesihatan, 43 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini