Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICKids) akan dibuka selama lima hari bermula hari ini hingga Jumaat bagi kanak-kanak berumur lima hingga sebelas tahun.

Pemberian vaksin itu Sempena Sambutan Minggu Imunisasi Peringkat Kebangsaan.

Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata pembukaan vaksinasi tersebut bagi meraikan ibu bapa yang berhasrat mendapatkan vaksin COVID-19 bagi anak-anak yang terlepas peluang sebelum ini.

Mereka boleh mendapatkan vaksinasi tanpa janji temu di klinik kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan (KKM).

Pemberian berdasarkan kepada stok vaksin di sesebuah fasiliti.

Sekiranya stok untuk hari tersebut habis, ibu bapa perlu membawa anak keesokan harinya.

Bagi kanak-kanak yang akan mencapai umur lima tahun, ibu bapa masih boleh membuat tempahan janji temu vaksinasi mengikut tarikh dan tempat vaksinasi pilihan melalui aplikasi MySejahtera.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini