Pendaftaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) kini melepasi sejuta individu selepas tiga minggu pelaksanaan program. 

Ciapan akaun Twitter Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengharapkan ibu bapa tidak lagi mengambil sikap ‘tunggu dan lihat’ bagi mendaftarkan anak masing-masing untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

Beliau turut berkongsi infografik pendaftaran PICKids setakat semalam yang menyaksikan Kuala Lumpur mencatatkan angka tertinggi diikuti Pulau Pinang dan Putrajaya.

Setakat semalam, 513,393 individu atau 14.5 peratus populasi kanak-kanak berusia  lima hingga 11 tahun telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 melalui program itu yang mula  dilaksanakan 3 Februari lepas.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini