Kerajaan Melaka menjangkakan 50 peratus kanak-kanak 5 hingga 11 tahun divaksinasi menjelang pertengahan Mac.

EXCO Melaka, Dr Muhammad Akmal Saleh berkata 27 peratus golongan kanak-kanak itu telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat hari ini.

Melaka kini berada di tempat kedua tertinggi dalam pelaksanaan PICKids negara. Beliau berkata demikian selepas Perasmian Pembukaan Persidangan Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Melaka yang Ke-15.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini