Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan bertindak tegas terhadap golongan yang mengambil keuntungan secara mudah dengan mencatu, menaikkan harga secara melampau, tidak terkawal serta menyorok barangan makanan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, golongan yang tidak beretika mempunyai taktik lain untuk melakukan penyelewengan dan ini menjadi cabaran.

Beliau menegaskan, lesen pihak pelesen yang terbabit dalam penyelewengan akan digantung kerana menganiaya serta tidak jujur.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini