Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) ditamatkan selepas berjaya mencapai sasaran kadar vaksinasi dalam kalangan pekerja sektor pembuatan.

Menerusinya, lebih 1.06 juta pekerja di seluruh negara menerima vaksin lengkap.

Secara keseluruhan 78 Pusat Pemberian Vaksin PIKAS diwujudkan sejak program dilancarkan 16 Jun lalu.

PIKAS merupakan program imunisasi kerjasama awam dan swasta berfokuskan pekerja industri yang pertama dan terbesar negara.

Ia dicetuskan hasil sesi libat urus dengan penggiat industri, dewan perniagaan, perusahaan kecil dan sederhana serta kesatuan sekerja.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini