Bacaan kali kedua dan ketiga Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) (Pindaan) 2021 ditangguhkan ke sidang Dewan Rakyat akan datang.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, langkah itu bagi membolehkan penelitian dibuat terhadap beberapa lagi perkara khusus dalam pindaan berkenaan.

Penangguhan dibuat berdasarkan ketetapan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) yang bermesyuarat, pagi tadi.

Ia turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pembangkang – Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PSC turut bersetuju agar fokus ketika ini, tertumpu kepada usaha menangani bencana banjir yang melanda negara.

Jelas Khairy lagi, pemurnian terhadap pindaan Akta 342 perlu dilakukan dengan terperinci dan mendapat konsensus bipartisan, bagi memperoleh penerimaan dan pematuhan daripada rakyat.

RUU tersebut pada awalnya dijadual dibentang untuk bacaaan kali kedua dan ketiga pada Khamis lalu, namun ditangguhkan ke hari ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini