Pindaan Akta Persaingan 2010 bertujuan memastikan undang-undang persaingan negara lebih komprehensif dan selaras amalan antarabangsa.

Perdana Menteri berkata, akta berkenaan dalam proses pindaan terutama pengenalan rejim kawalan penggabungan yang memberi kuasa kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) menilai dan menyiasat transaksi penggabungan yang berpotensi menyebabkan penumpuan pasaran dan menjurus kepada monopoli.

Tambah beliau, kerajaan mengambil maklum tentang monopoli yang menimbulkan keresahan dalam kalangan Keluarga Malaysia.

Ini terutama apabila ia secara berterusan mengganggu persaingan dan menyekat kemasukan pesaing kecil dalam pasaran.

Pindaan akan memberi kuasa kepada MyCC untuk menangani isu persaingan yang lazim dalam landskap ekonomi yang sentiasa berubah.

Perdana Menteri menyatakan demikian sempena Majlis Perasmian Persidangan Undang-undang Persaingan 2022 MyCC di ibu negara.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini