Berhubung pelaksanaan had usia kepemimpinan belia daripada 40 kepada 30 tahun.

Satu pertemuan akan diadakan dengan barisan kepimpinan pertubuhan belia pada minggu depan bagi membincangkan dasar had umur belia.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, ia bertujuan mencari titik penyelesaian bagi pelbagai isu membabitkan belia termasuk perihal akta berhubung had umur belia.

Tambah beliau, selepas pertemuan dengan kepimpinan pertubuhan belia, satu pertemuan lagi dengan semua pertubuhan belia akan diadakan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini