Bacaan pertama berkaitan pindaan akta pemansuhan hukuman mati mandatori akan dibentangkan di Parlimen pada Oktober depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, tinjauan umum berhubung pindaan itu akan dilakukan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang bagi mendapatkan pandangan rakyat berkaitan pindaan akta tersebut.

Tambah beliau moratorium ke atas pelaksanaan hukuman mati mandatori sejak 2018 akan kekal sehingga pindaan akta itu dimuktamadkan.
 
Dalam pada itu Datuk Seri Dr Wan Junaidi menegaskan hukuman mati masih wujud dalam perundangan di negara ini. 
 
Katanya, keputusan kerajaan hanya melibatkan pemansuhan hukuman mati mandatori sahaja melibatkan 11 kesalahan iaitu sembilan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan dua kesalahan bawah Akta Senjata Api (Penalti lebih berat) 1971.

Beliau menyatakannya dalam sidang media berkaitan pemansuhan hukuman mati mandatori di Putrajaya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini