Beberapa siri pindaan perlembagaan persekutuan bakal dilaksanakan dalam tempoh sehingga Julai tahun depan.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen Dan Undang-Undang, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ia membabitkan undang-undang berkaitan lompat parti dan had tempoh jawatan Perdana Menteri.

Dalam perkembangan lain berhubung SOP kempen sempena PRU DUN Melaka, beliau menjelaskan segala SOP dibawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan (KKM) serta Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan bukannya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

SPR katanya hanya melibatkan input berkaitan pemakaian dan simbol parti ketika hari mengundi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini