Kementerian Pengangkutan terus komited  memberi perkhidmatan lebih baik kepada orang ramai serta memastikan keselamatan di jalan raya sentiasa terjamin.

Untuk itu cadangan MOT bagi meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) telah diluluskan oleh jemaah menteri yang bakal dibentangkan pada sesi Parlimen akan datang.

Pindaan terbaharu itu bertujuan membawa lebih banyak manfaat kepada pemandu terutama pemilik kenderaan di samping meningkatkan keselamatan jalan raya.

Antaranya, berkaitan proses pertukaran pemilikan kenderaan motor secara interim daripada pemilik asal kenderaan kepada syarikat jual beli kenderaan terpakai.

Ia sekaligus melindungi kepentingan pemilik apabila mereka menjual kenderaan serta memastikan hak pengguna dilindungi. Pindaan baharu juga bagi membolehkan JPJmenggunakan peralatan sistem High Speed – Weigh In Motion yang membolehkan proses merekod berat kenderaan yang lebih cekap dan tepat serta aktiviti penguatkuasaan dilakukan secara automatik tanpa kehadiran pegawai di lokasi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini