Kerajaan Pahang menyambut baik cadangan kerajaan persekutuan untuk memindahkan sekolah-sekolah kerap dilanda banjir ke lokasi baharu yang lebih tinggi.

Exco Hal Ehwal Agama & Pendidikan Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, langkah itu bagi mengelak insiden sama berlaku kepada sekolah terlibat hingga mengakibatkan kerosakan dan kerugian yang besar.

Untuk itu, Jabatan Pendidikan Negeri telah mengenalpasti kerosakan dan jumlah kerugian di tangguh kesemua sekolah terjejas banjir di negeri itu.

Maklumat mengenainya akan diserah kepada Kementerian Pendidikan untuk tindakan lanjut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini