Operasi Terminal Feri Antarabangsa Kukup (TFAK) di Pontian, Johor kini mendapat lampu hijau untuk kembali beroperasi dari kerajaan dan pihak Indonesia, setelah ditutup sejak dua tahun akibat pandemik COVID-19.

Menurut Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh, hampir semua pintu masuk laut negeri Johor dibuka sepenuhnya dan dijangka terminal feri Muar dan Batu Pahat juga akan kembali beroperasi dalam waktu terdekat.

Beliau memaklumkan, 106 pengembara tiba menerusi feri pertama dari Tanjung Balai Karimun, Indonesia dan anggaran tersebut dijangka terus bertambah dengan peningkatan 5 slot laluan sehari.

Pembukaaan semula terminal feri TFAK turut disambut baik pemerintah Indonesia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini