Pistol yang digunakan Vincent Van Gogh untuk membunuh diri dijual pada harga 130,000 euro atau RM602,000 dalam majlis lelongan di Paris.Senjata berkenaan dipamerkan di pusat lelongan Drouot sejak minggu lalu dianggap sebagai senjata terkenal di dalam sejarah seni.Pembida yang tidak mendedahkan nama membawa pulang pistol model Lefaucheux yang sudah terlalu berkarat dan hilang pemegang itu, selepas ia ditemui oleh seorang petani pada 1960.Van Gogh membunuh diri pada 1890 dengan menembak dadanya menggunakan pistol dipinjam daripada penjaga hotel.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini