Piza percuma untuk mereka yang menyimpan telefon bimbit.Itu ganjaran ditawarkan sebuah restoran di Fresno, California untuk mereka yang tidak menggunakan gajet, semasa menikmati hidangan. Promosi ‘Diskaun Bercakap Antara Satu Sama Lain’ itu bagaimanapun memerlukan persetujuan pelanggan, untuk menyimpan dan mengunci telefon pintar mereka di premis terbabit. Diskaun tersebut juga boleh didapati kepada pelanggan berkumpulan, minimum empat orang dengan kesemuanya membawa telefon berfungsi. Jika berkelayakan, hidangan piza bersaiz besar juga akan diberikan ganjaran untuk kunjungan seterusnya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini