Menjelang aksi Piala Malaysia esok, skuad PJ City FC meletakkan fokus untuk sekurang-kurangnya meraih satu mata ketika melayan kunjungan juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Kumpulan D di Stadium MBPJ.

Menurut Pengurus pasukan PJ City FC, K Rajendran, aksi menentang JDT dianggap penting dalam usaha memburu slot ke suku akhir.

Tambah Rajendran, beliau akui aksi menentang JDT bukan satu tugas mudah namun percaya semangat dan kredibiliti pemainnya mampu menciptakan kejutan.

Ketika ini skuad PJ City FC berada di tangga kedua Kumpulan D dengan lima mata selepas empat perlawanan berlangsung.

Untuk rekod JDT masih kekal dengan status tanpa kalah sepanjang kempen Piala Malaysia peringkat kumpulan musim ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini