Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di Sarawak dan Sabah diarah bersedia menghadapi kemungkinan berlaku banjir.

Ini termasuk mengaktifkan Pos Kawalan Tempat Kejadian.

Menurut NADMA, arahan itu ekoran ramalan luruan monsun yang mampu membawa hujan lebat berterusan.

JKM juga perlu memastikan ketersediaan stok bekalan pangkalan hadapan di kedua-dua negeri.

Terdahulu, ramalan cuaca signifikan bagi tempoh 6 hingga 12 Januari yang dikeluarkan MetMalaysia menyatakan kawasan penumpuan angin dijangka berlaku di Sarawak mulai Ahad, 9 Januari ini. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini