PKPD bakal dikuatkuasakan melibatkan 4 lokaliti di Sabah, selama 2 minggu, bermula Selasa ini.

Jelas Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad, ia susulan penilaian risiko dan trend jangkitan COVID-19 di kawasan berkenaan.

Lokaliti terlibat ialah: Kampung Tetabuan (Beluran); Kampung Matagang (Keningau), Taman Pantai Lok Kawi (Papar) DAN Kampung Kilang (Ranau).

Sementara itu, PKPD di Kampung Bua-nog Ma-tung-gong, Kudat, Sabah yang dijadualkan tamat ESOK, dilanjutkan sehingga 7 September.

2 lokaliti yang dikenakan PKPD sebelum ini iaitu Kampung Pukat, Tanjung Batu Laut DAN Kampung Balung Cocos, tamat seperti dijadualkan esok.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini