Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Chemomoi di Mukim Sabai, Bentong, Pahang dilaksanakan mulai hari ini hingga 10 Februari.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad, dalam kenyataannya berkata, keputusan itu dibuat setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penilaian risiko dan trend jangkitan COVID-19 di lokaliti terbabit.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook, Datuk Rodzi turut memaklumkan tiada pelanjutan dan penamatan PKPD di lokaliti lain dalam negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini