Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Orang Asli Ruai, Mukim Batu Talam di Raub, Pahang yang dijadualkan tamat hari ini, dilanjutkan hingga 18 November.

Menurut Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara Datuk Rodzi Md Saad pelanjutan itu dibuat setelah meneliti analisis Kementerian Kesihatan KKM mengenai risiko dan trend penularan jangkitan COVID-19 semasa di lokaliti itu.

Tiada lokaliti baharu dikenakan setakat semalam.

Sementara itu, PKPD di Program Bersepadu Daerah Terpencil (PROSDET) Pantos, Mukim Ulu Jelai di Lipis tamatkan hari ini seperti yang dijadualkan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini