Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Ladang FGV Tembangau 7 di Bera, Pahang akan dilaksana selama dua minggu mulai Ahad ini.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara Datuk Rodzi Md Saad berkata, pelaksanaan PKPD itu diputuskan setelah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan mengenai risiko dan trend jangkitan COVID-19 di lokaliti terbabit.

Beliau menerusi laman facebooknya berkata, Prosedur operasi standard bagi PKPD ini sama sama seperti yang diumumkan sebelum ini.

Beliau turut memaklumkan tiada penamatan dan pelanjutan baharu PKPD hari ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini