Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan PKPD di Kampung Orang Asli Satak, Batu Talam di Raub, Pahang yang sepatutnya tamat tengah malam tadi, dilanjutkan hingga 23 November depan.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad menerusi kenyataan berkata, pelanjutan itu dibuat setelah meneliti penilaian risiko dijalankan Kementerian Kesihatan dan trend penularan jangkitan COVID-19 di lokaliti berkenaan.

Sementara itu, PKPD di Pos Betau, Ulu Julai di Lipis, serta Taman Amalina Lestari di Raub, Pahang; ditamatkan tengah malam tadi seperti dijadualkan. Tiada pertambahan PKPD dikenakan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini