Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi sektor perkhidmatan, peralatan minyak dan gas (OGSE) di Terengganu disaran agar dapat memanfaatkan Pelan Tindakan Industri OGSE Kebangsaan-OGSE Blueprint 2021-2030.

Jawatankuasa Perdagangan Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran, Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Tengku Hassan Tengku Omar menyeru PKS OGSE untuk mengambil bahagian dalam peralihan tenaga baharu seperti angin, air dan solar.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan program OGSE Roadshow 2022 melibatkan 110 peserta dari 22 syarikat tempatan berkaitan industri itu di Pulau Duyong Kuala Terengganu.

Setakat ini, enam syarikat OGSE tempatan dari Terengganu telah dianugerah pembiayaan sebanyak RM1.29 juta di bawah inisiatif tersebut melibatkan 30 syarikat yang layak menerima bantuan sebanyak RM6.98 juta.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini